Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

61  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0183.
Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami,Husyaim menceritakan kepada kami,Manshur memberitakan kepada kami,dia adalah Ibnu Zadzan dari Qatadah berkata:"Abul 'Aliyah memberitakan kepada kami dari Ibnu Abbas berkata:"Saya mendengar tidak hanya seorang dari para sahabat Nabi saw,antara lain:Umar bin Al Khaththab dimana dia adalah seorang yang dicintai olehku bahawasanya Rasulullah melarang solat setelah Subuh sehingga terbit matahari dari dan solat Asar setelah terbenam matahari. Ia berkata: "Di dalam bab ini terdapat hadis dari Ali, Ibnu Mas'ud, Uqbah bin 'Amir, Abu Hurairah, Ibnu Umar, Samurah bin Jundub, Abdullah bin 'Amr, dan Mu'adz bin Afra' Ash Shunabihi, namun ia tidak mendengar dari Nabi saw, Salamah bin AL AKwa', Zaid binTsabit, Aisyah Ka'b bin Murrah, Abu Umamah, Amr bin Abasah, Ya'la bin Umayyah, dan Mu'awiyah. Abu Isa berkata: "Hadis Ibnu Abbas dari Umar adalah hadis hassan sahih." Itu adalah pendapat sebahagian besar fuqaha' dari para sahabat Nabi saw dan orang-orang yang sesudah mereka bahawasanya mereka memakruhkan solat setelah solat Subuh sehingga matahari terbit, dan setelah solat Asar sehingga matahari terbenam. Adapun solat-solat yang terlewat maka tidak mengapa solat-solat itu diqadha'- setelah solat Asar dan solat Subuh. Ali bin Al Madini berkata: "Yahya bin Sa'id berkata: "Syu'bah berkata: "Qatadah tidak mendengar dari Abul 'Aliyah kecuali tiga hal, iaitu: -Hadis Umar bahawasanya Nabi saw melarang solat setelah solat Asar sehingga terbenam matahari, dan setelah solat Subuh sehingga terbit matahari". -Hadis Ibnu Abbas dari Nabi saw bersabda: "Tidak seyogya bagi seseorang untuk berkata: "Saya lebih baik dari pada Yunus bin Matta", dan -Hadis Ali "Hakim itu ada tiga macam".

62  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0557.
Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Yahya bin Sa'id memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Sufyan dari Habib bin Abi Tsabit dari Thawus dari Ibnu 'Abbas dari Nabi s.a.w. "bahawasanya beliau solat sewaktu ada gerhana dimana beliau membaca bacaan kemudian rukuk, membaca bacaan, rukuk, membaca bacaan lagi, rukuk, lantas sujud dua kali; dan rakaat yang lain juga seperti itu." Masalah yang sama juga diriwayatkan dari 'Ali, 'Aisyah, 'Abdullah bin 'Amr, An-Nu'man bin Basyir, Al Mughirah bin Syu'bah, Abu Mas'ud, Abu Bakrah, Samurah, Ibnu Mas'ud. Asma* binti Abu Bakr, Ibnu 'Umar, Qabishah Al-HUali, Jabir bin 'Abdullah, Abu Musa, Abdur Rahman bin Samurah dan Ubayya bin Ka'b. Abu 'Isa ber'kata: "hadis Ibnu 'Abbas ini adalah hadis hasan sahih." Diriwayatkan dari Ibnu 'Abbas dari Nabi s.a.w. "bahawasanya beliau solat gerhana empat rakaat dengan empat kali sujud". Pendapat ini diikuti oleh Asy-Syafi'i, Ahmad dan Ishaq. Abu 'Isa berkata lagi: "Para ulamak berbeza pendapat tentang bacaan pada solat gerhana. Sebahagian di antara mereka berpendapat bahawa bacaan itu tidak dibaca dengan keras pada siang hari". Akan tetapi sebahagian yang lain berpendapat bahawa bacaan itu dibaca dengan keras seperti solat dua hari raya dan solat Jumaat. Malik, Ahmad dan Ishaq berpendapat seperti itu, yakni mengeraskan bacaan pada solat gerhana. Sedangkan Asy-Syafi'i berpendapat bahawa bacaan pada solat gerhana itu tidak dibaca dengan keras. Kedua pendapat itu berdasarkan pada hadis sahih dari Nabi Muhammad s.a.w. Berdasarkan riwayat yang sahih dari Nabi Muhammad s.a.w. bahawasanya beliau mengerjakan solat gerhana empat rakaat dengan empat kali sujud. Dan berdasarkan riwayat yang lain bahawasanya beliau solat enam rakaat dengan empat kali sujud. Menurut para ulamak kedua cara tersebut diperbolehkan, tergantung lama atau sebentarnya gerhana. Apabila gerhana itu lama maka seseorang boleh mengerjakan solat enam rakaat dengan empat kali sujud; dan boleh juga ia mengerjakan solat empat rakaat dengan empat kali sujud dan memanjangkan bacaan solat. Teman-teman kami berpendapat bahawa sebaiknya solat gerhana itu dilaksanakan dengan berjamaah, baik gerhana matahari maupun gerhana bulan.

63  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0580.
Qutaibah menceritakan kepada kami, Hammad bin Zaid memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari 'Amr bin Dinar dan Jabir bin 'Abdullah bahawasanya Mu'adz bin Jabal solat Maghrib bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. kemudian ia kembali ke kaumnya lantas mengimami mereka. Abu 'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Pengamalan tentang kandungan hadis ini disepakati oleh teman-teman kami yaitu Asy-Syafi'i, Ahmad dan Ishaq; dimana mereka berkata: "Apabila seseorang mengimami orang banyak dalam solat fardu sedangkan sebelumnya ia telah mengerjakan solat fardu itu, maka olat orang yang makmum kepadanya itu sah; dan mereka mengambil dalil pada hadis Jabir tentang kisah Mu'adz tersebut. Hadis itu adalah hadis sahih, dan diriwayatkan tidak hanya dari riwayat Jabir saja." Diriwayatkan dari Abud Darda' bahawasanya ia ditanya tentang seseorang yang masuk masjid sementara orang-orang sedang mengerjakan solat asar dan ia menyangka bahawa solat itu adalah solat zuhur maka ia makmum bersamanya. la menjawab: "Solatnya itu sah". Sekelompok ulamak Kufah berpendapat apabila seseorang makmum kepada imam yang sedang mengerjakan solat asar sedangkan orang itu menyangka solat itu adalah solat zuhur kemudian ia solat bersama imam itu dan mengikuti gerakan imam itu maka solat orang itu batal kerana bedanya niat imam dan makmum.

64  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0352.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw. masuk ke dalam masjid. Tidak lama kemudian, masuk pula seorang lelaki lalu dia solat. Sesudah solat dia datang kepada Rasulullah saw. sambil memberi salam. Rasulullah menjawab salamnya sambil bersabda : "Ulanglah solatmu, kerana sesungguhnya kamu belum solat." Lalu orang itu mengulang solatnya seperti solat yang mula-mula tadi. Kemudian dia datang pula kepada Nabi saw. sambil memberi salam. Jawab Rasulullah, "Wa, 'alaikassalam." Kemudian beliau bersabda pula, "Ulang lagi solatmu!" Sesungguhnya engkau belum solat." Akhirnya orang itu mengulang solatnya sampai tiga kali. Kemudian dia berkata, "Demi Allah yang telah mengutus anda dengan agama ini, sesungguhnya aku belum tahu bagaimana caranya solat yang bagus. Kerana itu ajarilah aku." Sabda Nabi saw., "Apabila engkau berdiri hendak solat, bacalah takbir lebih dahulu. Sesudah itu baca ayat-ayat Quran yang mudah bagi mu. Sesudah itu rukuk sehingga rukukmu itu sempurna sekali. Sesudah itu bangkit dari rukuk sehingga engkau kembali berdiri dengan sempurna. Kemudian sujud dengan sempurna sekali. Kemudian duduk sehingga dudukmu sempurna sekali. Perbuatlah seterusnya seperti itu setiap kamu solat."

65  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nombor 0395.
Al-Anshari menceritakan kepada kami, Ma'an memberitahukan kepada kami, dari Malik memberitahukan kepada kami dari Ayyub bin Abi Tamimah As Sakhtiyani dari Muhammad bin Sirin dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw berpaling setelah dua rakaat (dari solat empat rakaat) lalu Dzalyadain berkata kepadanya: "Apakah solat di qasar atau engkau lupa wahai Rasulullah?" Rasulullah saw bersabda: "Apakah Dzulyadain benar? Lalu manusia berkata: "Ya" maka Rasulullah saw berdiri lalu melakukan dua rakaat lainnya kemudian mengucapkan salam kemudian bertakbir lalu bersujud seperti sujudnya yang dahulu atau lebih lama kemudian bertakbir lalu mengangkat kepalanya kemudian bersujud seperti sujudnya yang dahulu atau lebih lama. Dalam bab ini terdapat hadis dari Imran bin Hushain dan Ibnu Umar dan Dzulyadain. Abu Isa berkata: "Hadis Abu Hurairah adalah hasan sahih". Para ahli ilmu berbeza pendapat tentang hadis ini lalu sebahagian mereka berkata: "Apabila seorang berbicara diwaktu solat kerana lupa atau tidak mengerti atau dalam keadaan apapun maka dia mengulangi solatnya." Dan mereka memberi alasan bahawa hadis ini adalah sebelum diharamkan berbicara di waktu solat. Adapun Asy Syafii menganggap hadis ini sahih lalu memakainya sebagai dasar pendapatnya dan berkata: "Hadis ini adalah lebih sahih daripada hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah saw tentang orang puasa apabila makan kerana lupa maka dia tidak perlu qadha' dan sesungguhnya makanan itu adalah rezeki yang diberikan Allah kepadanya". Asy Syafii berkata: "Mereka membezakan antara kesengajaan dan kelupaan tentang makannya orang berpuasa berdasarkan hadis Abu Hurairah. Ahmad berkata tentang hadis Abu Hurairah: "Kalau imam berbicara tentang sesuatu dari solatnya dan dia yakin bahawa dia telah menyempurnakannya kemudian dia mengerti bahawa dia belum menyempurnakannya maka dia menyempurnakan solatnya dan dia memberi alasan bahawa solat-solat fardhu boleh ditambah dan boleh dikurangkan pada masa Rasulullah saw adapun Dzulyaddain berbicara kerana dia yakin bahawa solat beliau telah sempurna dan tidak demikian halnya hari ini seseorang tidak boleh berbicara sesuai dengan apa yang dikatakan oleh Dzulyadain kerana solat-solat fardhu pada hari ini tidak boleh ditambah dan tidak boleh dikurangi. Ahmad berkata seperti pembicaraan ini dan Ishaq berkata seperti perkataan Ahmad dalam bab ini.

66  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0606.
Dari Abu Dzar r.a., katanya: "Rasulullah saw. bertanya kepada ku, sambil menepuk pahaku: Apa yang engkau lakukan jika engkau berada dalam lingkungan kaum yang suka melalaikan solat dari waktunya?: Jawab ku, "Apa perintah anda kepadaku?" Sabda beliau, "Solatlah pada waktunya (sekalipun sendirian). Sesudah itu selesaikanlah segala urusanmu. Jika kebetulan orang solat berjemaah dan engkau masih berada dalam masjid, maka solat (pulalah bersama mereka)."

67  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0895.
Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya: "Pada suatu hari Nabi saw. berkhutbah,lalu beliau menyebut nama salah seorang sahabatnya yang telah meninggal dan dikafani dengan kafan yang kurang panjang, serta dikuburkan malam hari. Nabi saw. melarang menguburkan mayat malam hari, supaya dapat disolatkan (oleh jemaah yang lebih ramai), kecuali jika terpaksa. Sabda beliau, "Apabila kamu mengkafani mayat saudara mu, maka kafanilah dengan sebaik-baiknya."

68  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1645.
Dari Mu'awiyah bin Suwaid r.a. katanya; "Pada suatu ketika aku pernah menampar sahaya kami, lalu aku pergi. Kemudian aku kembali sebelum Zohor dan sesudah itu aku solat Zohor di belakang (berjemaah dengan) bapaku. Kemudian Bapa memanggil sahaya kami itu dan memanggil ku juga. Bapa berkata kepada sahaya itu, "Patuhlah kepadanya, lalu saling memaafkan lah kalian!" Kemudian beliau berkata, "Pada masa Rasulullah saw., kami Bani Muqarrin tidak ada mempunyai pelayan selainnya seorang sahaya perempuan. Suatu ketika dia ditampar oleh salah seorang kami, lalu khabar mengenai pemukulan itu sampai kepada Rasulullah saw. Maka bersabda beliau, "Bebaskan dia!" Kata kami, "Kami tidak mempunyai pelayan selain dia." Sabda beliau, "Boleh kalian pakai dia untuk sementara, tetapi bila kalian tidak memerlukannya lagi (sudah ada gantinya), maka bebaskanlah dia!"

69  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0938.
Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Pada masa Rasulullah saw. masih hidup, kami membayar zakat fitrah untuk setiap orang, baik anak kecil maupun dewasa, merdeka maupun budak, iaitu satu gantang makanan berupa keju, atau gandum, atau kurma, atau anggur kering. Pada masa pemerintahan Mu'awiyah bin Abu Sufyan, dia berpidato di hadapan jemaah haji atau 'umrah, katanya antara lain: "Dua mud gandum negeri Syam sama dengan segantang kurma." Kerana pidatonya itu maka orang banyak membayar zakat fitrahnya seperti itu. Kata Abu Sa'id, "Tetapi aku tetap saja membayar seperti apa yang telah ku lakukan sejak zaman Nabi sampai akhir hayatku."

70  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0398.
Dari Zainab Ats Tsaqafiay r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila kamu (para wanita) mengikuti solat Isyak berjemaah di masjid, maka janganlah memakai harum-haruman ketika itu."